Posts Tagged ‘SPRM’

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH ‘DEDAK’ ATAU MARUAH?

9 April 2018

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin ‘panas’ dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai ‘Bapa segala Pilihan Raya’ manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai ‘Ibu segala Pilihan Raya’. Di mana diramalkan berlakunya ‘pertandingan sengit’ di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata “Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya”. Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis ‘dedak’ ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi ‘pemakan dedak’ hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah “Adakah rakyat Malaysia Pilih ‘Dedak’ ataupun ‘Maruah Diri”. Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan ‘maruah diri’ demi sesuap ‘dedak’ ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu ‘dedak’.

[ BACA SEPENUHNYA ]

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

20 Mac 2018
PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama “Malaysia Sejahtera” mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh ‘menang besar’ pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini.
Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya ‘tak betul’ dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?

18 Mac 2018
KEHANGATAN Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin jelas terasa apabila semakin hari semakin banyak viral mengenai tarikh pembubaran Parlimen, tarikh penamaan calon dan juga tarikh hari pembuangan ini semakin banyak tersebar seumpama debu yang beterbangan di padang pasir. Begitu juga dengan semakin banyak pemimpin-pemimpin mula memberi ucapan retorik seumpama sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya yang dianggap ‘ibu segala Pilihanraya’ itu.
Janji-janji manis sudah mula ditabur di merata-rata tempat, Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melakukan ‘road show’ di serata negeri. Katanya tiada parti-parti lain yang boleh jadi sehebat Barisan Nasional di dalam mentadbir negaraku Malaysia ini jadi jangan sekali-kali memberi undi kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dengan memberi contoh kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Dengan mendakwa bagaimana Pakatan Harapan ingin memerintah Malaysia sedangkan masalah air pun mereka gagal selesaikan. Mungkin juga beliau telah ketandusan atau kehabisan ‘modal’ di dalam isu untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup memperbesarkan isu masalah bekalan air di Selangor ini. Rakyat perlu sedar masalah bekalan air ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat di Selangor sahaja, malah negeri-negeri yang diimamkan oleh Imam Besar Mazhab 1Malaysia Transformasi Nasional 2050 juga turut mengalami masalah bekalan air tetapi tidak pula diperbesarkan oleh media-media yang sudah menjadi Anjing Lapar bagi Kerajaan Pimpinan DS Najib Tun Razak.
[ BACA SEPENUHNYA ]

KENAPA ISA SAMAD TIDAK DIGARI TETAPI BOON POH DIGARI

22 Ogos 2017

KUALA LUMPUR  (Harian Mega) – Terdapat pertikaian apabila bekas Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak digari semasa ditangkap sedangkan Exco Kebajikan, Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula sebaliknya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, kemungkinan timbul kekeliruan dari segi menguatkuasakan undang-undang.

“Dalam isu gari ini, kemungkinan besar terdapat kekeliruan pada pegawai dari segi bila individu tersebut perlu digari dan tidak, tambahan pula, undang-undang berkaitan isu ini tidak begitu jelas.

“Namun begitu, semuanya atas budi bicara pegawai yang mengendalikan kes ini dan juga mengikut keadaan semasa. Jika beliau berasakan perlu digari maka ia perlu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Suara Power Dua Kembar

18 Ogos 2017

POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.

Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.

[ BACA SEPENUHNYA ]

ISA SAMAD DITAHAN SPRM

15 Ogos 2017
SHAH ALAM (Harian Mega) – Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Dia ditahan pada jam 2.40 petang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia Putrajaya ketika hadir ke situ. Memberi Keterangan lanjut berhubung pembelian dua buah hotel oleh FIC antara 2014 dan 2015 adalah tujuanya beliau ditahan.
Penahanan tersebut telah disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki.
“Penahan tersebut merupakan tindakan susulan hasil daripada keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel tersebut sebelum ini.
[ BACA SEPENUHNYA ]

MAHATHIR DAN KELUARGA SEDIA DISIASAT

11 Ogos 2017
KUALA LUMPUR (Harian Mega) – Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata bahawa beliau dan keluarga sedia disiasat dan juga mengalu-alukan serbuan ke atas syarikat anaknya, namun tindakan sama turut perlu dilakukan ke atas perdana menteri dan keluarganya.
Tun juga turut berkata “Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di alu-alukan untuk memeriksa akaun mereka” dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Pakatan Harapan di bangunan Parlimen hari ini.
“Beberapa menteri juga perlu turut disiasat dan perlu dikaji gaya hidup mereka. Sebahagian daripada menteri seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zamidi dan Hishamuddin Tun Hussein juga perlu disiasat kekayaan mereka” Cadang Tun Dr. Mahathir lagi.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Khir Toyo Mula Dipenjara

30 September 2015
SEMALAM bekas Menteri Besar Selangor semasa era Pemerintahan BN telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalankan hukuman penjara selama setahun atas dakwaan rasuah. Sebelum dipenjarakan Dr. Khir sempat membuat catatan di blognya. Catatan tersebut bertajuk “Catatan Di belakang Tirai Besi“.
Di dalam blog tersebut Dr. Khir memohon maaf kepada semua di atas kesilapanya. Selain itu, Dr. Khir juga hukuman ke atasnya atas sebab ‘teknikal’ kerana Pendakwa Raya belum dapat membuktikan kaitan kesnya dengan rasuah.
Penulis berharap para pembaca boleh membaca sendiri artikel blog Dr. Khir di pautan web yang telah penulis sediakan untuk pembaca-pembaca sekalian. Penulis mohon maaf penulis tidak boleh mengulas panjang lebar mengenai hukuman ke atas Dr. Khir kerana ia dikhuatiri akan jadi Cotempt of court. Dalam pada itu penulis politik terkenal negara iaitu Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO turut membicarakan hal yang sama di dalam blognya di bawah artikel yang bertajuk “Khir Toyo Berpindah Tempat Tidur Mulai Hari ini“.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Antara Dua Kematian…

22 Julai 2009

Antara Dua Kematian…
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis memohon maaf di atas lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana terlupa atau tidak berminat untuk mengulas kematian seorang Pembantu Peribadi di Plaza Massalam itu.

Penulis juga ada menerima email berupa komen terhadap penulis yang mengatakan penulis tidak membuat ulasan isu berkenaan adalah kerana isu tersebut tidak mendatangkan keuntungan sama sekali terhadap Barisan Nasional. Bagi menjawab komen ini, penulis sebenarnya bukan tidak mahu membuat ulasan tetapi penulis sibuk dengan sebuah kajian yang bertajuk “Pengaruh Persekitaran Tempat Tinggal Pelajar Terhadap Tahap Disiplin Pelajar” yang baru sahaja dapat disipakan pada petang tadi.

Penulis berharap tidak lagi selepas ini ada yang membuat komen berupa kesimpulan mudah tersebut tanpa usul periksa. Oleh kerana hadirnya komen seperti itu ke dalam kotak email penulis jadi, penulis merasakan masih belum terlewat untuk membuat ulasan terhadap isu itu.

Pertama sekali, penulis berpendapat kematian Teo Beng Hockseolah-olah ada perancangan teliti, kalau di Amerika Syarikat ramai saksi dibunuh ‘untuk menutup rahsia penyelewengan’ oleh seseorang individu yang di dakwa korup jadi tidak mustahil perkara ini pun berlaku di Malaysia.

Menariknya mengapa lokasi berdekatan Pejabat SPRM dipilih? Jika benar SPRM terlibat dalam pembunuhan ini mengapa pula iaberlaku berdekatan dengan Pejabat SPRM tidakkah tindakan ini tidak cerdik, jikalau tidak pasti mereka memilih untuk membunuhnya berjauhan dari pejabat SPRM. Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini.

Mengapa tiba-tiba terus SPRM dipersalahkan? Satu soalan dari penulis untuk pembaca jika anda berada satu kereta, tiba-tiba anda terbau busuk kentut, apabila anda bertanya sudah pasti orang yang berkentut itu akan cepat-cepat menunding jari kepada orang lain, jadi samalah dengan keadaan yang berlaku kini secara pantas ia dijadikan ‘modal politik‘ untuk mengaut keuntungan agar terus berkuasa.

Tak perlulah penulis memberi ulasan panjang lebar lagi. Khabarnya modal kematian Teo Beng Hock terus dijaja dan SPRM terus dipersalahkan selain Kerajaan Barisan Nasional. Sampai ada Bekas Menteri Besar dan juga Ahli Parlimen di bawah bendera bulan yakni PAS sanggup sama-sama membakar lilin sebagai tanda entah pulak pun tak tahu.

Dalam kesibukkan pihak tertentu yang menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat insiden malang yangmenimpa Teo Beng Hock itu tidak ada pula yang menuntut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk Allahyarham Siti Farhan (juga jatuh dari dari bangunan).

[ BACA SEPENUHNYA ]

Reblog this post [with Zemanta]