Posts Tagged ‘che det’

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH ‘DEDAK’ ATAU MARUAH?

9 April 2018

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin ‘panas’ dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai ‘Bapa segala Pilihan Raya’ manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai ‘Ibu segala Pilihan Raya’. Di mana diramalkan berlakunya ‘pertandingan sengit’ di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata “Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya”. Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis ‘dedak’ ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi ‘pemakan dedak’ hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah “Adakah rakyat Malaysia Pilih ‘Dedak’ ataupun ‘Maruah Diri”. Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan ‘maruah diri’ demi sesuap ‘dedak’ ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu ‘dedak’.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

30 Mac 2018

unnamedDEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam “statement” kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah “Statement” dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai “statement” yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka ‘sebulu’ dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi “Bersekutu menambahkan mutu”. Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

 

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya ‘maksum’ kerana katanya “ulama-ulama” mereka adalah perwaris nabi kononya.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Penipuan Pembeli Barangan Online

10 Jun 2017
mediamegaWASPADA penipuan yang cuba dilakukan oleh segelintir pembeli barangan online sedang aktif berlaku terutamanya kepada peniaga-peniaga online yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan maya ini. Harian Mega secara eksklusif membawa laporan khas ini bagi mengelakkan lebih ramai yang tertipu dengan penjenayah dunia siber di era konvergen ini.
Diharap laporan ini dapat dijadikan rujukan kepada para peniaga online yang berada di luar sana terutamanya yang masih baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan online ini. Jangan sampai “Sudah terhantuk baru nak tergadah”. Diharap laporan khas Harian Mega ini tidak disia-siakan oleh mereka-mereka yang terlibat di dalam dunia perniagaan siber.
Seorang usahawan siber hampir-hampir menjadi mangsa penipuan pembelian siber daripada seorang yang menyamar kononya ingin membeli produk yang dijual oleh usahawan tersebut. Pada mulanya pembeli tersebut berpura-pura untuk membeli produk yang dijual oleh usahawan online tersebut.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Proton Suprima S

19 Ogos 2013

PROTON Suprima S baru sahaja dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad baru-baru ini, oleh yang demikian hari ini Mat Kecoh mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua berkenaan kereta nasional terbaru ini. Mungkin juga artikel ini boleh dijadikan panduan untuk membeli atau tidak membeli kereta ini.

Proton Suprima S dikatakan merupakan antara model terbaik keluaran Proton, mungkin ia juga sebahagian daripada program transformasi Proton. Bagi Mat Kecoh Proton Suprima S adalah antara model terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran Kereta Nasional itu.

Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan adalah lebih elok Mat Kecoh membincangkan dulu berkenaan dengan spesifikasi kereta terbaru keluaran Proton ini. Spesifikasinya adalah sebagaimana berikut:

[ BACA SEPENUHNYA ]