Posts Tagged ‘Gerakan’

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

26 April 2018
HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan.
Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak – PAS

11 April 2018
PENULIS terbaca satu laporan Malaysiakini yang bertajuk “BN, Harapan Tidak Tertubuh dengan Syarak“, hebat hari ini penulis memilih untuk berbicara sedikit mengenai apa yang didakwa oleh artikel ini adakah ianya benar atau sekadar dakyah untuk melariskan barang jualan sahaja, sepertimana penjual ubat di kaki lima yang nak lariskan ubatnya sahaja.
Pertama sekali, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH ‘DEDAK’ ATAU MARUAH?

9 April 2018

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin ‘panas’ dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai ‘Bapa segala Pilihan Raya’ manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai ‘Ibu segala Pilihan Raya’. Di mana diramalkan berlakunya ‘pertandingan sengit’ di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata “Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya”. Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis ‘dedak’ ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi ‘pemakan dedak’ hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah “Adakah rakyat Malaysia Pilih ‘Dedak’ ataupun ‘Maruah Diri”. Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan ‘maruah diri’ demi sesuap ‘dedak’ ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu ‘dedak’.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

30 Mac 2018

unnamedDEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam “statement” kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah “Statement” dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai “statement” yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka ‘sebulu’ dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi “Bersekutu menambahkan mutu”. Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

 

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya ‘maksum’ kerana katanya “ulama-ulama” mereka adalah perwaris nabi kononya.

[ BACA SEPENUHNYA ]

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

20 Mac 2018
PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama “Malaysia Sejahtera” mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh ‘menang besar’ pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini.
Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya ‘tak betul’ dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Empayar Najib VS Empayar Anwar

8 Ogos 2012
PENULIS percaya semua orang di luar sana terutamanya yang amat meminati dunia politik tanah air kita sedanga ternanti-nantikan bilakah Pilihan Raya Umum Ke 13 akan di adakan. Teka-teki mengenainya terus menjadi tanda tanya, timbul bermacam-macam andaian tentang tarikh PRU13. Walaubagaimanapun hari ini penulis bukan hendak meramalkan tarikh PRU13.
Apa yang penulis ingin bincangkan hari ini ada kaitan dengan PRU13, apabila kita bercakap mengenai PRU13, ada satu perkara yang sinonim dengan PRU13, perkara yang penulis maksudkan ialah pertembungan dua empayar iaitu Empayar Najib dengan Empayar Anwar Ibrahim.Siapa sangka dulu mereka daripada pasukan yang sama kini sudah menjadi pesaing dan bersaing sesama sendiri. Masihkan anda ingat Team Wawasan satu ketika dulu? Pada waktu itu Najib dengan Anwar Ibrahim boleh dikatakan sekapal. Tetapi sekarang masing-masing dengan arah tuju masing-masing.
Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat lihat kedua-dua empayar cuba menonjolkan kelebihan empayar masing-masing, Najib dengan caranya yang tersendiri begitu juga Anwar dengan cara beliau sendiri menonjolkan kelebihan empayar beliau dengan cara yang tersendiri.
Akhir-akhir ini, kita lihat Najib kerap membuat pengumuman yang boleh disifatkan sebagai ‘populis’ apabila ianya membuat rakyat merasa senang hati dengan pengumuman yang dibuat oleh beliau. Mungkin ia sesuai dengan janji yang diberikan beliau sebelum ini yang beliau akan cuba menyelami denyut nadi rakyat marhaen dan cuba memberikan yang terbaik buat rakyat.
[ BACA SEPENUHNYA ]