Posts Tagged ‘gay melayu’

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2

21 Ogos 2017

BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu.

Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf ‘A’ terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut.

Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi

19 Ogos 2017

KEBELAKANGAN ini kerap kali kita mendengar tentang Tsunami Melayu. Tsunami Melayu ini adalah melibatkan perubahan undian kaum Melayu di negara kita tanah tumpahnya darahku ini yang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Dalam PRU tersebut dijangka ramai rakyat kita yang berbangsa Melayu yang pada pilihan raya umum yang lalu telah memberi undi yang tak berbelah bahagi kepada Barisan Najib dijangka mengalih arah undian mereka kepada pembangkang ekoran beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kerajaan Barisan Najib mendakwa perkara ini hanyalah fantasi semata-mata malah ada konco-konconya yang mendakwa pembangkang bermimpi di siang hari dan perkara ini tidak akan terjadi sama sekali.

Itulah yang penulis hendak kupas hari ini berkenaan tajuk PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi, penulis akan cuba kupas dengan semampu yang penulis boleh kupas khas untuk pembaca setia blog penulis yang tidak berapa popular ini. Mungkin tidak ramai yang menjadi pembaca blog ini, tetapi ia tidak boleh dijadikan ukuran namun penulis meminta jasa baik pembaca-pembaca yang budiman untuk meviralkan artikel penulis dengan membuat sharing di Social Media milik anda tidak kiralah samaada Twitter, Facebook, Wechat, Whatsapp dan lain-lain lagi.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Suara Power Dua Kembar

18 Ogos 2017

POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.

Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

18 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Minyak Naik Lagi… Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib

17 Ogos 2017

BULAN ini merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Di mana pada bulan ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada bulan ini kita akan memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara kita tanah tumpahnya darahku ini. Memang patut pun jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara tidak sepatutnya dilupakan, pengorbanan mereka bukanlah kecil tapi sanggup ‘bergadai nyawa’ demi negara yang tercinta padamu bakti ku serah.

Cuma tinggal tak berapa hari lagi negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Kalau 6o tahun yang lalu laungan merdeka menguasai angkasa negara kita pada tanggal 31 Ogos 1957, kini laungan merdeka turut menguasai angkasa negara kita, malah lebih meriah dengan bunyi dentuman dan percikkan bunga api menghias ruang udara negara kita diekori perarakan para mat motor di seluruh negara mengibarkan bendera negara kita yakni Jalur Gemilang berkibar megah.

Namun, bulan kemerdekaan kali ini kita dihadiahkan oleh Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang sangat disayangi oleh rakyat dan pak-pak menteri termasuklah bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang di dalam tahanan reman SPRM berhubung isu pembelian dua buah hotel dengan hadiah yang cukup bermakna bagi rakyat iaitu harga minyak naik lagi tetapi rakyat tetap setia di belakang Najib dan sedikitpun tidak peduli tentang kenaikkan tersebut kerana mereka sememangnya menyanyangi Najib tanpa Najib siapalah mereka walaupun sebenarnya tanpa mereka siapalah Najib.

[ BACA SEPENUHNYA ]

USTAZ DI DAKWA CABUL MURID TAHUN ENAM

16 Ogos 2017

KUALA TERENGGANU ( Harian Mega) – Seorang Ustaz telah di dakwa mencabul seorang murid tahun enam di sekolahnya dan dikatakan kejadian itu berlaku sejak Februari lalu. Perkara itu terbongkar apabila rakan anaknya berkunjung ke rumahnya  di dalam daerah ini dan memberitahu perkara tersebut kepada ibu mangsa menyebabkan perkara itu terbongkar.

Rakan anaknya memberitahu ibu mangsa yang mangsa diraba pada bahagian dada, punggung, kemaluan selain lelaki berumur 59 tahun tersebut turut mencium mangsa.

“Ustaz berkenaan dikatakan turut memasukkan tanganya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluan mangsa selain mengarahkan mangsa memegang kemaluanya” Ibu mangsa kemudianya bertanya kepada mangsa tentang kebenaran dakwaan rakanya itu dan mangsa mengesahkan kejadian tersebut. Mangsa juga dikatakan seorang yang bermasaalah di dalam pelajaran.

[BACA SEPENUHNYA ]