Posts Tagged ‘1malaysia’

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

26 April 2018
HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan.
Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak – PAS

11 April 2018
PENULIS terbaca satu laporan Malaysiakini yang bertajuk “BN, Harapan Tidak Tertubuh dengan Syarak“, hebat hari ini penulis memilih untuk berbicara sedikit mengenai apa yang didakwa oleh artikel ini adakah ianya benar atau sekadar dakyah untuk melariskan barang jualan sahaja, sepertimana penjual ubat di kaki lima yang nak lariskan ubatnya sahaja.
Pertama sekali, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH ‘DEDAK’ ATAU MARUAH?

9 April 2018

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin ‘panas’ dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai ‘Bapa segala Pilihan Raya’ manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai ‘Ibu segala Pilihan Raya’. Di mana diramalkan berlakunya ‘pertandingan sengit’ di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata “Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya”. Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis ‘dedak’ ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi ‘pemakan dedak’ hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah “Adakah rakyat Malaysia Pilih ‘Dedak’ ataupun ‘Maruah Diri”. Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan ‘maruah diri’ demi sesuap ‘dedak’ ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu ‘dedak’.

[ BACA SEPENUHNYA ]

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

20 Mac 2018
PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama “Malaysia Sejahtera” mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh ‘menang besar’ pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini.
Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya ‘tak betul’ dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Kehadiran Pelancong Asing Merosot Gara-Gara Kerajaan Laksana Cukai Penginapan

8 September 2017

AGAK lama juga penulis tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas penulis, terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog ini kerana masih lagi menjadi pembaca setia walaupun blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Hari ini kebetulan, penulis ada sedikit masa terluang jadi penulis menggunakanya untuk mengemaskini blog penulis yang tidak seberapa ini.

1 September yang lalu Kerajaan Barisan Najib telah memperkenalkan satu cukai baru yang dipanggil cukai penginapan dan ada juga yang memanggilnya dengan nama cukai pelancongan. Cukai ini dikenakan ke atas pelancong-pelancong asing yang menginap di penginapan-penginapan berkait pelancongan seperti Hotel, Resort, Chalet mahupun Homestay. Untuk rekod kadar yang dikenakan ialah RM10 untuk seorang untuk satu hari. Sekiranya pelancong tersebut tinggal tiga hari ini bermakna mereka terpaksa membayar RM30 untuk cukai tersebut, bertambah parah lagi sekiranya bilangan mereka ramai dan mereka akan terpaksa membayar lebih lagi.
[ BACA SEPENUHNYA ]

KENAPA ISA SAMAD TIDAK DIGARI TETAPI BOON POH DIGARI

22 Ogos 2017

KUALA LUMPUR  (Harian Mega) – Terdapat pertikaian apabila bekas Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak digari semasa ditangkap sedangkan Exco Kebajikan, Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula sebaliknya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, kemungkinan timbul kekeliruan dari segi menguatkuasakan undang-undang.

“Dalam isu gari ini, kemungkinan besar terdapat kekeliruan pada pegawai dari segi bila individu tersebut perlu digari dan tidak, tambahan pula, undang-undang berkaitan isu ini tidak begitu jelas.

“Namun begitu, semuanya atas budi bicara pegawai yang mengendalikan kes ini dan juga mengikut keadaan semasa. Jika beliau berasakan perlu digari maka ia perlu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]

HATI KELUARGA DIRAJA TERSENTUH DENGAN KISAH MUHAMMAD AIDIL

21 Ogos 2017
JOHOR BHARU (Harian Mega) – Kisah hajat seorang ejen insurans, Muhammad Aidil Shazwan, 22, untuk menghadiri perkahwinan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan pasangannya yang tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan jalan raya, mendapat perhatian keluarga diraja Johor.
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama puterinya, Tunku Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah berkenan mengunjungi ibu bapa Muhammad Aidil iaitu Abdul Karim Abdul Rahman,68, dan Rohaya Nordin, 61, hari ini.
Raja Zarith Sofiah dan pasangan pengantin diraja itu, tiba di rumah keluarga berkenaan pada jam 3 petang.
“Perasaan kehilangan seorang anak bukan satu perkara yang mudah untuk dihadapi,
[ BACA SEPENUHNYA ]

RAKYAT BERI ISYARAT KERAJAAN PERLU BERJAGA-JAGA

20 Ogos 2017

KEPALA BATAS (Harian Timur) – Rakyat telah memberi isyarat jelas kepada UMNO apabila Sambutan Luar Biasa diberikan rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam program Jelajah Semarak di sini hari ini. Isyarat jelas supaya UMNO berjaga-jaga pada PRU 14 kelak.

“Kehadiran orang ramai dianggarkan mencecah 5,000 orang dalam program Jelajah Semarak kali ini, saya dapati sambutan yang diterima cukup luar biasa. Ini menunjukkan bahawa satu semangat yang semakin hari dah semakin bertambah terutama di kawasan Kepala Batas ini di mana ia adalah merupakan salah satu kubu kuat UMNO dan saya yakin bahawa dengan program malam ini ia mampu memberi impak yang kuat kepada UMNO untuk mereka berjaga-jaga kemungkinan besar Pakatan Harapan berupaya merampas kerusi di Kepala Batas” Kata Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jelajah Semarak di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam. Menurutnya, sokongan masyarakat ini petanda yang baik kepada Pakatan Harapan sendiri. “Ia merupakan satu tanda yang baik kepada Bersatu dan Pakatan Harapan khususnya bahawa kita diterima dengan baik dan jelas oleh masyarakat disini.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Cara Pasang Sendiri MyFreeView TV (MyTV)

20 Ogos 2017

HARI ini Mat Kecoh nak kongsi dengan korang semua tutorial khas pemasangan MyFreeView TV atau lebih dikenali dengan nama MyTV. MyTV adalah satu projek khas oleh kerajaan untuk pengalihan sistem analog sebelum ini kepada sistem digital sepenuhnya untuk kemudahan rakyat marhaen. Ramai penerima set dekoder MyTV mengadu tidak pandai untuk membuat pemasangan.

Oleh kerana Mat Kecoh memang suka untuk menolong korang semua, kali ini Mat Kecoh akan kongsikan cara-cara pemasangan MyTV dengan beberapa langkah yang mudah untuk korang semua fahami, dalam masa yang sama Mat Kecoh mahu ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mengadakan peralihan dari sistem analog kepada digital sepenuhnya.

[ BACA SEPENUHNYA ]