Posts Tagged ‘johor’

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

26 April 2018
HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan.
Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak – PAS

11 April 2018
PENULIS terbaca satu laporan Malaysiakini yang bertajuk “BN, Harapan Tidak Tertubuh dengan Syarak“, hebat hari ini penulis memilih untuk berbicara sedikit mengenai apa yang didakwa oleh artikel ini adakah ianya benar atau sekadar dakyah untuk melariskan barang jualan sahaja, sepertimana penjual ubat di kaki lima yang nak lariskan ubatnya sahaja.
Pertama sekali, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Annuar Musa Si Kaki Bodek?

3 April 2018

sprm-perlu-siasat-pembelian-porsche-panamera-tan-sri-annuar-musaMUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa, sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja ‘popular’ di kalangan ahli-ahli politik, malah beliau turut dikenali di dalam dunia sukan terutamanya Bola Sepak. “Pelawok” itulah boleh yang penulis kata kalau ada orang Kelantan tidak mengenali salah seorang pemimpin UMNO yang kononya ‘berwawasan” kerana beliau pernah mengemudi KAFA (sebuah badan Bola Sepak Negeri yang menguruskan hal ehwal Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan.

Kalau kita bercerita satu insiden yang terjadi tak lama dahulu di Kelantan mungkin orang lebih mengenali insan bernama Annuar Musa. Peristiwa menabalkan raja di bawah “Pohon Tere” (Pokok Gajus di dalam loghat Kelantan) tambahan pula dia pun merupakan Ahli Parlimen Ketereh yang mempunyai sebuah pusat khidmat rakyat yang akronimnya adalah KHADAM. Jadi amatlah janggal sekiranya ada orang Kelantan yang tidak mengenali beliau.
Salah satu kejayaan beliau adalah membantu skuad Bola Sepak Negeri Kelantan menjadi “Juara Trebble” sewaktu beliau memegang jawatan Presiden KAFA. Pembaharuan-pembaharuan yang dibuat beliau sememangnya ‘menjadi’ pada ketika itu, siapa sangka kerana manusia bernama Annuar Musa inilah yang membawa skuad Kelantan ke puncak jaya. Maaf cakap penulis kena cakap benda betul, di sini memang Annuar Musa hebat (bukan nak membodek ni tapi kenyataan).
[ BACA SEPENUHNYA ]

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

30 Mac 2018

unnamedDEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam “statement” kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah “Statement” dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai “statement” yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka ‘sebulu’ dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi “Bersekutu menambahkan mutu”. Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

 

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya ‘maksum’ kerana katanya “ulama-ulama” mereka adalah perwaris nabi kononya.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Apa pencapaian KJ (Khairy Jamaluddin)? dan masalah bekalan air di Besut, Terengganu

26 Mac 2018
MUNGKIN pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang juga UMNO sudah biasa bersikap ‘kurang ajar’, mungkin sebab itu kita tidak hairanlah ramai pemimpin yang berada di bawah naunganya bersikap ‘kurang ajar’ salah seorangnya adalah Khairy Jamaluddin merangkap bekas ‘budak tingkat 4’ semasa era pemerintahan Pak Lah Badawi. Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa beliaulah yang menjadi punca utama kejatuhan Pak Lah Badawi dan juga kemerosotan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
Hari ini dia berlagak hebat dengan kurang ajarnya dia mengkritik mantan Perdana Menteri yang pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun yang juga berstatus negarawan. Mungkin pada waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri beliau belum lagi dikutip dari tapak pelupusan sampah dan masih jadi pemakan sampah. Nasib baiklah, Pak Lah Badawi mengutip beliau dari tapak perlupusan sampah tersebut kalau tidak sampai sekarang tak bergelar ‘pak menteri’. Walaupun sebelum itu beliau berharap dikutip oleh Anwar Ibrahim kerana meminati anak gadis pejuang reformasi itu, tapi sebaliknya apabila jawatan Anwar Ibrahim terlucut sebagai Timbalan Perdana Menteri akhirnya beliau terpaksa mencari orang lain sehingga ditakdirkan Allah beliau bermenantukan Pak Lah Badawi. Di sinilah bermulalah ‘kerjaya politik yang menyinar’ manusia bernama “Khairy Jamaluddin ini, penulis lebih suka memanggilnya dengan “Kera Jib” bersesuaian dengan tindakanya yang terus ‘membela’ Najib, bagi beliau tiada yang lebih maksum dari Najib.
Wahai Kera Jib, siapa kamu untuk cakap bukan-bukan tentang Tun Mahathir, kamu hanyalah ‘budak hingusan’ dalam politik kamu tak tahu apa-apa, kamu hanya berjaya bertukar daripada golongan ‘pemakan sampah’ menjadi golongan ‘pemakan dedak’. Tak apalah kalau nak makan ‘dedak’ makanlah kenyang-kenyang tak payah nak sibuk-sibuk campur urusan orang lain kalau diri sendiri tiada satu pun pencapaian yang boleh dibanggakan.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia

22 Mac 2018
LEBUHRAYA UTARA SELATAN
PENULIS percaya bahawa umum sudah mengetahui bahawa Orang Sabah dan Sarawak telah disogokkan dengan Lebuh Raya Bebas Tol yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pan Borneo. Di sini membuktikan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan ‘berat sebelah’ di mana Lebuh Raya yang begitu panjang di Sabah dan Sarawak ini dibina dan apabila siap kelak tiada sebarang tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuh raya tersebut.
Ini berbeza pula dengan Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung mereka dipaksa membayar tol di kebanyakkan lebuh raya. Memang ada lebuh raya yang sudah dikecualikan tol tetapi ia ‘berapa kerat’ sangat yang tak mengenakan tol tapi yang kena tol tu banyak, malah rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung sememangnya terbeban dengan bayaran tol tersebut.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

20 Mac 2018
PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama “Malaysia Sejahtera” mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh ‘menang besar’ pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini.
Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya ‘tak betul’ dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.
[ BACA SEPENUHNYA ]

PILIHAN RAYA UMUM KE 14 MALAYSIA MILIK SIAPA?

18 Mac 2018
KEHANGATAN Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin jelas terasa apabila semakin hari semakin banyak viral mengenai tarikh pembubaran Parlimen, tarikh penamaan calon dan juga tarikh hari pembuangan ini semakin banyak tersebar seumpama debu yang beterbangan di padang pasir. Begitu juga dengan semakin banyak pemimpin-pemimpin mula memberi ucapan retorik seumpama sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya yang dianggap ‘ibu segala Pilihanraya’ itu.
Janji-janji manis sudah mula ditabur di merata-rata tempat, Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melakukan ‘road show’ di serata negeri. Katanya tiada parti-parti lain yang boleh jadi sehebat Barisan Nasional di dalam mentadbir negaraku Malaysia ini jadi jangan sekali-kali memberi undi kepada pembangkang terutamanya Pakatan Harapan dengan memberi contoh kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menangani isu masalah bekalan air yang berlaku di Selangor baru-baru ini. Dengan mendakwa bagaimana Pakatan Harapan ingin memerintah Malaysia sedangkan masalah air pun mereka gagal selesaikan. Mungkin juga beliau telah ketandusan atau kehabisan ‘modal’ di dalam isu untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi sehingga sanggup memperbesarkan isu masalah bekalan air di Selangor ini. Rakyat perlu sedar masalah bekalan air ini bukan hanya dihadapi oleh rakyat di Selangor sahaja, malah negeri-negeri yang diimamkan oleh Imam Besar Mazhab 1Malaysia Transformasi Nasional 2050 juga turut mengalami masalah bekalan air tetapi tidak pula diperbesarkan oleh media-media yang sudah menjadi Anjing Lapar bagi Kerajaan Pimpinan DS Najib Tun Razak.
[ BACA SEPENUHNYA ]

SAYA TIDAK BERMINAT UNTUK BERPURA-PURA – PRESIDEN FAM

19 Ogos 2017
TIDAK berminat untuk berpura-pura menunjukkan muka di stadium bagi mendapatkan sokongan.
Itu jawapan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada beberapa pihak yang mempertikaikan ketidakhadirannya di stadium untuk memberi sokongan pada skuad kebangsaan di Sukan Sea 2017.
Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, beliau tidak memerlukan sokongan kerana bukan seorang ahli politik.
“Anda mungkin terlupa sumbangan saya kepada FAM sewaktu FAM, liga dan pasukan lain tidak berduit. Bukan mahu mengungkit tetapi ini satu kenyataan.
[ BACA SEPENUHNYA ]