Posts Tagged ‘pakatan rakyat 2.0’

Malaysia Berada di Zaman Bimbang

4 Oktober 2015
MALAYSIA kini berada di Zaman Bimbang itulah yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir Mohd. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ayahnda Tun.
Memang benar sekarang ini kita berada di zaman bimbang apabila pada masa ini berlaku kebimbangan ekonomi ekoran daripada kedudukan mata wang Ringgit Malaysia yang terus menjunam dari hari ke sehari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia terburuk dalam sejarah.
Penulis pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1998 semasa era Ayahnda Tun Mahathir Perdana Menteri tak lama dulu. Perlu ditegaskan kegawatan ekonomi pada masa itu tidaklah seburuk pada hari ini. Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan bijak apabila mengikat kedudukan Ringgit Malaysia pada RM3.80 untuk setiapĀ United States Dollar.
Tindakan bijak Ayahnda Tun Mahathir telah mempercepatkan proses pemulihan Ekonomi Malaysia. Hasilnya rakyat tidak ‘menderita’ lama kerana kegawatan ekonomi. Kata orang “lain hulu, lain parang, lain dulu, lain sekarang”. Sememanngya kegawatan ekonomi hari ini memang benar-benar membimbangkan. Hari-hari kegawatan ekonomi terus terkesan terhadap rakyat jelata yang benar-benar membimbangkan rakyat.
[ BACA SEPENUHNYA]

Ribut Pusaran Angin Di Tanah Merah Pada 29.9.2015

30 September 2015
HARI ini SC nak berkongsi satu kejadian Bencana Alam yang berlaku di Tanah Merah, Kelantan kelmarin (29.9.2015). Bencana alam yang SC maksudkan ialah Ribut Pusaran Angin. Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur.
Video Ribut Pusaran Angin di Tanah Merah, Kelantan itu SC akan kongsikan bersama artikel ini. Kejadian tersebut sememangnya merisaukan orang-ramai terutamanya penduduk setempat. Kebimbangan mereka ini berasas juga memandangkan mereka bimbang Ribut Pusaran Angin ini bertukar menjadi Ribut Taufan atau nama lainya Puting Beliung.
Walaupun namanya hanya Ribut Pusaran Angin dan bukan Puting Beliung banyak juga kerosakkan yang berlaku akibat daripada kejadian ini. SC berharap mangsa-mangsa ribut ini bersabar dan anggaplah ianya hanya sebahagian daripada ujian Allah s.w.t untuk umatnya.
Ribut tersebut berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang secara tidak sengaja terlihat kejadian tersebut yang memperlihatkan betapa besarnya Kekuasaan Allah dan kita selaku umatnya hanya mampu beristifar melihat kejadian tersebut. Jelas sekali walaupun besar mana kuasa yang kita ada sememangnya tidak mampu menandingi kekuasaan Allah.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Khir Toyo Mula Dipenjara

30 September 2015
SEMALAM bekas Menteri Besar Selangor semasa era Pemerintahan BN telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalankan hukuman penjara selama setahun atas dakwaan rasuah. Sebelum dipenjarakan Dr. Khir sempat membuat catatan di blognya. Catatan tersebut bertajuk “Catatan Di belakang Tirai Besi“.
Di dalam blog tersebut Dr. Khir memohon maaf kepada semua di atas kesilapanya. Selain itu, Dr. Khir juga hukuman ke atasnya atas sebab ‘teknikal’ kerana Pendakwa Raya belum dapat membuktikan kaitan kesnya dengan rasuah.
Penulis berharap para pembaca boleh membaca sendiri artikel blog Dr. Khir di pautan web yang telah penulis sediakan untuk pembaca-pembaca sekalian. Penulis mohon maaf penulis tidak boleh mengulas panjang lebar mengenai hukuman ke atas Dr. Khir kerana ia dikhuatiri akan jadi Cotempt of court. Dalam pada itu penulis politik terkenal negara iaitu Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO turut membicarakan hal yang sama di dalam blognya di bawah artikel yang bertajuk “Khir Toyo Berpindah Tempat Tidur Mulai Hari ini“.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Ada Apa Dengan Parti Amanah Negara (PAN)?

20 September 2015
BARU-baru ini Parti Amanah Negara telah dilancarkan di Malaysia. Penubuhan parti ini dimulakan dengan pengambil alihan Parti Pekerja Malaysia oleh Mat Sabu kemudian ia dijenamakan semula menjadi Parti Amanah Negara. Mat Sabu merupakan Presiden Parti Amanah Negara.
Disamping di dalam PAS berlaku penghijrahan besar-besaran yang kebanyakkan menyertai Parti Amanah Negara dan sebilangan kecil menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Begitulah nasib yang perlu diterima PAS akibat perbuatanya sendiri.
Sebelum ini penulis telah beberapa kali mengingati PAS berkenaan wujudnya parasit dalam PAS, namun pada waktu itu PAS seolah-olah pandang sebelah mata dalam hal ini. Paling menyakitkan hati penulis ada yang mendakwa bahawa dakwaan seumpama itu sebelum ini hanyalah bertujuan untuk memporak-perandakan PAS. Akhirnya kali ini terjawaplah siapa yang ingin memporak-perandakan PAS.
Parasit-parasit menyusup masuk ke dalam PAS untuk memudahkan mereka bertapak dalam arena politik. Mereka masuk dan kemudian keluar membawa penyokong-penyokong walhal sebelum ini mereka diluar PAS tapi masuk PAS untuk ambil penyokong untuk memudahkan cita-cita politik mereka.

 

[ BACA SEPENUHNYA ]