Posts Tagged ‘tomboi’

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2

21 Ogos 2017

BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu.

Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf ‘A’ terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut.

Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Suara Power Dua Kembar

18 Ogos 2017

POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.

Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

18 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.
[ BACA SEPENUHNYA ]

House Tour Aiman Tino

14 Ogos 2017

SC percaya ramai daripada anda semua yang mengenali penyanyi muda yang berbakat besar. Penyanyi yang SC maksudkan itu ialah Aiman Tino. Mungkin ada diantara anda semua bukan sahaja mengenali Aiman Tino malah ada yang merupakan peminat Aiman Tino dan mungkin juga ada di antara anda semua adalah die hard fan Aiman Tino. Oleh itu, pada artikel SC kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video House Tour ke Rumah Aiman Tino.

Aiman Tino sememangnya penyanyi yang mempunyai bakat besar dan lagu-lagunya ternyata mendapat tempat di hati peminat-peminat industri muzik tanah air kita, malah populariti Aiman Tino juga berkembang cepat mungkin kerana beliau bukan sahaja penyanyi yang berbakat besar malah mempunyai paras rupa yang menarik ala-ala jambu gitu.

Kali ini apakata kita melawat ke rumah beliau menerusi Video yang telah pun menjadi Viral di media sosial. Namun, kali ini SC pula ingin berkongsi video yang dihostkan oleh Aiman Tino itu sendiri kepada pembaca setia blog SC ini. SC berharap video ini mampu memberikan info berguna terutamanya kepada die hard fan Aiman Tino ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]