Posts Tagged ‘spad’

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Suara Power Dua Kembar

18 Ogos 2017

POWER dan MANTAP itulah yang Mat Kecoh boleh gambarkan bila menonton video dua pasangan kembar menyanyikan lagu Aisyah diiringi oleh petikan gitar, namun Mat Kecoh tidak mengetahui samaada pemetik gitar tersebut adakah Ayah mereka berdua atau tak dan tidak pasti juga apakah hubungan di antara pemetik gitar tersebut dengan pasangan kembar terbabit.

Khabarnya pasangan kembar ini berasal dari Sandakan, Sabah Malaysia. Video mantap pasangan kembar ini telah dimuat naik ke laman video yang tidak kurang popularnya di kalangan netizen-netizen negara kita. Korang semua patut bangga dengan bakat yang ada pada dua kanak-kanak riang ribena ini kerana video mereka di dalam Youtube telah mencapai 75, 500 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Korang semua mungkin tak sangka yang pasangan kembar ini begitu berbakat besar sehinggakan suaranya setanding dengan penyanyi yang lebih usianya daripada mereka berdua. Mat Kecoh berharap ada pihak yang berminat untuk membawa bakat yang ada pada mereka pergi lebih jauh lagi.

[ BACA SEPENUHNYA ]

NAK PERBAHARUI ROAD TAX INSURANS KENDERAAN JANGAN PILIH KRY GLOBAL ENTERPRISE

16 Jun 2017
CUKAI jalan dan insurans kenderaan sudah mati? Jika ya janganlah pilih untuk memperbahruinya di KRY Global Enterprise. Pilihlah agensi lain untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan anda. Ada sebab mengapa jangan pilih KRY Global Enterprise untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan anda.
Apa sebabnya jangan pilih KRY Global Enterprise?
[ BACA SEPENUHNYA ]