Posts Tagged ‘ge 14’

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

26 April 2018
HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan.
Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan

13 April 2018

SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.

Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.

Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.