Posts Tagged ‘gambar bogel’

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2

21 Ogos 2017

BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu.

Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf ‘A’ terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut.

Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Minyak Naik Lagi… Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib

17 Ogos 2017

BULAN ini merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Di mana pada bulan ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada bulan ini kita akan memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara kita tanah tumpahnya darahku ini. Memang patut pun jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara tidak sepatutnya dilupakan, pengorbanan mereka bukanlah kecil tapi sanggup ‘bergadai nyawa’ demi negara yang tercinta padamu bakti ku serah.

Cuma tinggal tak berapa hari lagi negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Kalau 6o tahun yang lalu laungan merdeka menguasai angkasa negara kita pada tanggal 31 Ogos 1957, kini laungan merdeka turut menguasai angkasa negara kita, malah lebih meriah dengan bunyi dentuman dan percikkan bunga api menghias ruang udara negara kita diekori perarakan para mat motor di seluruh negara mengibarkan bendera negara kita yakni Jalur Gemilang berkibar megah.

Namun, bulan kemerdekaan kali ini kita dihadiahkan oleh Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang sangat disayangi oleh rakyat dan pak-pak menteri termasuklah bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang di dalam tahanan reman SPRM berhubung isu pembelian dua buah hotel dengan hadiah yang cukup bermakna bagi rakyat iaitu harga minyak naik lagi tetapi rakyat tetap setia di belakang Najib dan sedikitpun tidak peduli tentang kenaikkan tersebut kerana mereka sememangnya menyanyangi Najib tanpa Najib siapalah mereka walaupun sebenarnya tanpa mereka siapalah Najib.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Bocey Top Moment Maharaja Lawak Mega 2017

12 Ogos 2017

BOCEY sebuah kumpulan lawak jenaka yang cukup terkenal masa kini. Kalau cakap Abam Bocey sudah tentunya ramai yang mengenalinya. Kemampuan kumpulan Bocey dalam membuat lawak-lawak yang akan membuat korang semua tidak kering gusi menontonya. Malah antara kelebihan kumpulan Bocey ialah mampu membuat lawak jenaka bercorak muzikal bukan sahaja korang semua akan terhibur dengan lawaknya malah suara mereka yang lunak juga menambahkan umpphh yang ada bagi kumpulan ini.

Kumpulan Bocey pada asalnya dilahirkan di rancangan realiti tv yang dikendalikan oleh stesen tv swasta yang cukup terkenal tanah air iaitu TV3, salah sebuah subsidiari Media Prima menerusi rancangan Bintang Mencari Bintang.  Selepas mencapai kejayaan di dalam rancangan Bintang Mencari Bintang mereka terus mencuba nasib dengan menyertai Maharaja Lawak Mega yang dikendalikan oleh pihak ASTRO.

Dari situlah bermulanya beberapa kisah-kisah kejayaan mereka sehinggakan mereka menjadi popular bukan sahaja lawaknya yang bersahaja malah suara mereka yang lunak merdu yang mampu membuatkan korang semua terpukau apabila menontonya.

[ BACA SEPENUHNYA ]

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

11 Jun 2017
layanan-kami-memungkinkan-anda-mendapatkan-pinjaman-uang-tunai-dengan-cepatHARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.
Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.
Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri.
Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Malaysia Berada di Zaman Bimbang

4 Oktober 2015
MALAYSIA kini berada di Zaman Bimbang itulah yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir Mohd. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ayahnda Tun.
Memang benar sekarang ini kita berada di zaman bimbang apabila pada masa ini berlaku kebimbangan ekonomi ekoran daripada kedudukan mata wang Ringgit Malaysia yang terus menjunam dari hari ke sehari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia terburuk dalam sejarah.
Penulis pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1998 semasa era Ayahnda Tun Mahathir Perdana Menteri tak lama dulu. Perlu ditegaskan kegawatan ekonomi pada masa itu tidaklah seburuk pada hari ini. Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan bijak apabila mengikat kedudukan Ringgit Malaysia pada RM3.80 untuk setiap United States Dollar.
Tindakan bijak Ayahnda Tun Mahathir telah mempercepatkan proses pemulihan Ekonomi Malaysia. Hasilnya rakyat tidak ‘menderita’ lama kerana kegawatan ekonomi. Kata orang “lain hulu, lain parang, lain dulu, lain sekarang”. Sememanngya kegawatan ekonomi hari ini memang benar-benar membimbangkan. Hari-hari kegawatan ekonomi terus terkesan terhadap rakyat jelata yang benar-benar membimbangkan rakyat.
[ BACA SEPENUHNYA]