Posts Tagged ‘bank negara’

Kerajaan Digesa haramkan CTOS

16 Jun 2017
NEGARA kita mempunyai dua jenis rujukan kredit yang biasa digunakan oleh syarikat kewangan tempatan pertama sekali di bawah Bank Negara Malaysia kita ada Sistem Rujukan Kredit Pusat atau ringkasnya CCRIS. Manakala satu lagi kelolaan swasta yang lebih dikenali dengan nama CTOS. Setuju atau tidak penulis berpendapat negara kita sepatutnya cukup dengan satu tempat untuk rujukan kredit, buat apa membenarkan pihak swasta membuat perkhidmatan rujukan kredit kerana bagi penulis swasta sebenarnya lebih berorientasi keuntungan semata-mata.
Kerajaan perlu mengambil langkah tegas dengan mengharamkan CTOS, kerana dikhuatiri kewujudan CTOS ini lebih diibaratkan umpama menanguk di air yang keruh yang mengambil kesempatan di atas masaalah orang. Sedangkan matlamat mereka hanyalah untuk mengaut untung semata-mata.
Daripada pengalaman penulis sistem rujukan kredit yang dikelolakan oleh CTOS tidak begitu efisien. Kenapa penulis berkata sistem rujukan kredit CTOS tidak efisien? Jawapanya mudah rekod-rekod yang ada di dalam CTOS lambat dikemaskini ada tu yang jelas hampir masih setahun masih ada di dalam rekod mereka, tidak seperti sistem rujukan kelolaan Bank Negara Malaysia yakni CCRIS yang lebih kedepan di dalam mengemaskini rekod mereka.
Kelambatan pihak CTOS mengemaskini data rekod rujukan kredit mereka sudah tentu menyusahkan orang ramai, kenapa tidaknya sepatutnya mereka sudah rekod bersih, tetapi di dalam senarai CTOS masih ada penyenaraian di dalam data CTOS akibatnya jika orang itu membuat permohonan pinjaman tetapi permohonan mereka sudah tentu akan ditolak kerana mereka mempunyai rekod di dalam CTOS sedangkan sepatutnya rekod mereka sudah lama bersih.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Jangan Bayar Roadtax Tau

11 Jun 2017

cara-renew-roadtax2HARI ini Mat Kecoh ingin bercakap mengenai cukai jalan atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Road Tax. Kebanyakkan daripada kita sering terlupa untuk membayar cukai jalan atau road tax ini maklum sahajalah kalau road  tax mati bertahun pun dia tidak berbau ini membuatkan kita tidak perasan sehingga kita terlihat baru perasan. Itulah kelemahan kita seringkali terlupa.

Hari ini bersama-samalah kita mengubahnya agar di masa akan datang kita tidak akan terlupa lagi, jika terlupa lagi dikhuatiri kita akan menerima padah, cuba bayangkan kita tidak perasan cukai jalan kereta kita sudah mati tetapi kebetulan abang Polis ke abang JPJ buat sekatan jalan raya atau road block kita main lalu je lah sampai giliran kita abang polis ke abang jpj tu minta kita tandantangan satu surat, ya lah surat apa lagi surat saman lah apalagi bayarlah sebelum tamat tempoh saman tu, tak pasal-pasal dua kali kena kena keluar modal, modal pertama bayar saman, modal kedua bayar roadtax

Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya perlulah alert dengan tarikh mati cukai jalan kita kalau tak nak rugi. Tapi kalau korang banyak duit silakan sahaja kalau korang tak kisah habis banyak duit, mungkin korang ni dari keluarga beruang eh silap berwang jadi tak kisahlah keluar banyak pun. Bagi yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang janganlah buat camni kelak anda juga termenung.

[ BACA SEPENUHNYA ]

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

11 Jun 2017
layanan-kami-memungkinkan-anda-mendapatkan-pinjaman-uang-tunai-dengan-cepatHARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.
Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.
Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri.
Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
[ BACA SEPENUHNYA ]