Posts Tagged ‘pinjaman mudah’

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

11 Jun 2017
layanan-kami-memungkinkan-anda-mendapatkan-pinjaman-uang-tunai-dengan-cepatHARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.
Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.
Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri.
Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Pinjaman Bank Yang Sukar, Pinjaman Along menjadi pilihan

5 Jun 2017

PINJAMAN ada pelbagai bentuk pinjaman, ada Pinjaman Peribadi, ada Pinjaman Sewa Beli Kenderaan, ada Pinjamn Perniagaan dan bermacam-macam lagi jenis pinjaman. Dewasa ini, penulis percaya ramai yang tidak menafikan bahawa pinjaman yang ditawarkan oleh Bank sedikit sukar berbanding dahulu.

Mungkin ada Bank yang memberi alasan mereka terpaksa mengetatkan syarat mereka atas kehendak Bank Negara Malaysia oleh kerana semakin ramai peminjam yang tidak mampu untuk membuat bayaran pinjaman. Mungkin alasan ini boleh diterima, tetapi janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Syarat pinjaman yang ditawarkan oleh Bank sememangnya semakin ketat sejak akhir-akhir ini sebenarnya ia akan mengundang satu perkara yang lebih buruk kerana ia akan menambahkan lagi masalah rakyat. Apabila rakyat tiada pilihan mereka terpaksa memilih untuk meminjam daripada lintah darat yang menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang haram yakni Along atau Ah Long.
[BACA SEPENUHNYA]