Archive for the ‘Sembang Cerita’ Category

Boboiboy Galaxy Episod 5

20 Ogos 2017

MUNGKIN ada pembaca blog SC ini merupakan peminat setia siri animasi Buatan Malaysia yang sememangnya diminati oleh semua golongan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa kerana sememangnya animasi ini memang universal jadi bebaslah di antara kita untuk menjadi peminat animasi ini atau tidak kerana animasi memang dicipta memang untuk semua golongan dan bukanlah hanya untuk kanak-kanak semata-mata

Animasi yang SC maksudkan ialah Boboiboy Galaxy. Sebenarnya ini bukanya baru sahaja berkongsi video animasi ini, sebelum SC telah kongsikan sebanyak 4 Episod. Dalam posting SC pada hari ini SC masukkan Boboiboy Galaxy Episod 5 khas untuk tontonan anda semua selaku pembaca setia blog ini walaupun blog ini sebenarnya tak seberapa kalau nak dibandingkan blog-blog lain yang lagi top kedudukanya.

Marilah bersama kita mengembara bersama Boboiboy beserta rakan-rakan seperjuanganya. SC hendak ingatkan di sini bahawa walaupun ia hanya siri animasi tetapi kita tidak boleh memandang rendah kepada animasi ini kerana bukan semua orang dikurniakan bakat besar untuk menjadi seorang animator .

[ BACA SEPENUHNYA ]

Ribut Kencang di Paka Terengganu Pada 14 Ogos 2017

18 Ogos 2017

BEBERAPA hari yang lalu satu kejadian ribut kencang telah melanda Paka. Paka merupakan salah sebuah daerah di dalam naungan Kerajaan Negeri Terengganu, di mana Sultan bagi negeri Terenganu ialah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan kerajaan negerinya diketuai oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif.

Dilaporkan bahawa ribut kencang itu tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa. Alhamdullillah semuanya selamat. Kejadian ribut tersebut sebenarnya telah berjaya dirakam dan turut menjadi viral di media sosial. Oleh yang demikian SC pun ingin turut berkongsi rakama video amatur tersebut kepada anda semua selaku pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Video tersebut telah merakamkan detik-detik cemas berlakunya ribut kencang berhampiran loji penapisan minyak di Kerteh. Melihat video tersebut SC sangat terkejut dan berharap tiada yang menjadi korban mangsa ribut kencang tersebut, Alhamdulillah sepertimana yang dilaporkan tiada kemalangan jiwa akibat daripada ribut kencang itu berlaku.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Y15ZR Drag Race 2017

16 Ogos 2017

MAJULAH sukan untuk negara. SC percaya ada di antara anda semua adalah peminat sukan dunia pemotoran oleh yang demikian hari ini SC nak kongsikan dengan anda semua Video Perlumbaan Drag Race menggunakan jentera Yamaha Y15ZR yang di adakan di Gong Badak, Kuala Terengganu, Malaysia.

Mungkin video ini dapatlah memberikan anda semua  tontonan perlumbaan berkenaan yang mungkin ada di antara anda semua yang meminati sukan permotoran tetapi tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia kerana kesibukkan tugas ataupun tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Oleh itu, sebagai mengubat kerinduan anda semua kepada sukan permotoran SC kongsikan video perlumbaan Drag Race tersebut untuk tatapan pembaca setia blog SC yang tak seberapa ini.

Dalam masa yang sama, SC berharap bagi memastikan bahawa Dunia Sukan Permotoran negara terus mendapat tempat di hati peminat sama-samalah kita termasuklah anda semua memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada sukan dunia permotoran ini dengan hadir ke mana-mana tempat yang menganjurkan perlumbaan ‘halal’ ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]

House Tour Aiman Tino

14 Ogos 2017

SC percaya ramai daripada anda semua yang mengenali penyanyi muda yang berbakat besar. Penyanyi yang SC maksudkan itu ialah Aiman Tino. Mungkin ada diantara anda semua bukan sahaja mengenali Aiman Tino malah ada yang merupakan peminat Aiman Tino dan mungkin juga ada di antara anda semua adalah die hard fan Aiman Tino. Oleh itu, pada artikel SC kali ini SC memilih untuk berkongsi dengan anda semua satu video House Tour ke Rumah Aiman Tino.

Aiman Tino sememangnya penyanyi yang mempunyai bakat besar dan lagu-lagunya ternyata mendapat tempat di hati peminat-peminat industri muzik tanah air kita, malah populariti Aiman Tino juga berkembang cepat mungkin kerana beliau bukan sahaja penyanyi yang berbakat besar malah mempunyai paras rupa yang menarik ala-ala jambu gitu.

Kali ini apakata kita melawat ke rumah beliau menerusi Video yang telah pun menjadi Viral di media sosial. Namun, kali ini SC pula ingin berkongsi video yang dihostkan oleh Aiman Tino itu sendiri kepada pembaca setia blog SC ini. SC berharap video ini mampu memberikan info berguna terutamanya kepada die hard fan Aiman Tino ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Lirik Lagu Senorita (OST Abang Long Fadil 2)

12 Ogos 2017
FILEM Abang Long Fadil 2 akan menemui kita di pawagam berhampiran dengan anda semua pada 24 Ogos 2017 nanti, oleh yang demikian bagi membawa semangat kepada anda semua untuk menonton filem yang dijangka mendapat kutipan Box Office. Disebabkan itulah pada kali ini SC ingin berkongsi dengan anda semua lirik lagu beserta muzik video Senorita yang menjadi lagu runut bunyi /Original Sound Track (OST) untuk filem Abang Long Fadil 2.
Mungkin dengan perkongsian ini dapat meningkatkan semangat anda semua untuk menonton filem ini. Filem ini juga dikhabarkan banyak memaparkan aksi-aksi yang menarik dan mampu membuatkan anda semua terhibur dengan aksi-aksi yang dimuatkan di dalam Filem Melayu yang bergenre aksi ini. Lagu OST untuk filem ini yang bertajuk Senorita dinyanyikan oleh Dato AC Mizal, Syamsyul Yusof dan Shuib. Bukan sebarang artis yang membawa lagu ini masing-masing ada kelebihan sendiri.
Selepas menonton Video Muzik Senorita ini SC cadangkan kepada anda semua supaya jangan lupa pula untuk ke pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda semua bagi penonton filem yang dijangka mencapai kutipan pecah panggung, tak lain tak bukan filem Abang Long Fadil 2 di mana Zizan Razak adalah pemegang watak utama dalam filem ini.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Iklan Raya 2017 Hypp TV Ispirasi: Pengorbanan Seorang Bapa

23 Jun 2017
AIDILFITRI sudah makin dekat, Ramadhan pun sudah nak melabuhkan tirainya cuma tinggal beberapa hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali dengan nama Hari Raya Puasa.
Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar kita nak habis bulan puasa. Kadang-kadang SC terfikir juga sempatkan SC merasa bulan puasa di tahun yang mendatang, adakah SC diizinkan Allah lagi atau tak merasai suasana bulan ibadah yang penuh makna ini. SC hanya mampu berdoa agar diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama beribadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini di tahun-tahun yang mendatang.
Berbalik kita kepada apa yang ingin kongsi dengan anda semua di dalam artikel SC kali ini ialah iklan raya 2017 yang bertajuk Pengorbanan Seorang Bapa yang dibuat oleh Hypp TV Inspirasi. Namun, apa yang ingin SC tegaskan di sini bukan ini satu-satunya iklan raya yang SC akan kongsikan untuk pembaca setia blog SC ini, cuma ini salah satu iklan yang menjadi pilihan SC untuk dikongsi sebagai tatapan semua. Apa yang pasti setiap Iklan Raya sudah tentu ada mesejnya sendiri.
[ BACA SEPENUHNYA ]

WASPADA PENIPUAN PINJAMAN

11 Jun 2017
layanan-kami-memungkinkan-anda-mendapatkan-pinjaman-uang-tunai-dengan-cepatHARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua berhubung satu penipuan yang kerap berlaku dewasa ini, penipuan yang SC maksudkan ialah penipuan berkenaan Pinjaman Peribadi. SC merasakan ia perlu dikongsi kepada semua agar tidak ada lagi orang yang tertipu dengan pinjaman tidak wujud ini.
Bercakap mengenai pinjaman, sememangnya orang yang terdesak memerlukan wang pasti akan berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat pinjaman termasuklah mengeluarkan wang ringgit. Oleh yang demikian ramai pemimnjam mudah tertipu dengan skim pinjaman yang sebenarnya tidak wujud ini.
Ada beberapa syarikat yang mendakwa mereka syarikat kewangan berlesen, telah giat mempromosi pinjaman mereka tidak kiralah menerusi pengiklanan tradisional seperti iklan di surat khabar, papan tanda dan risalah-risalah. Di Era Konvergen ini mereka juga tidak terlepas mengiklan pinjaman mereka melalui media sosial, internet malah ada yang mempunyai website sendiri.
Terlebih dahulu SC ingin tegaskan di sini, bukan semua syarikat yang mendakwa mereka syarikat pinjaman berlesen menjalankan penipuan, mengikut rekod sekiranya syarikat itu benar-benar berlesen sememangnya mereka menjalankan perniagaan mereka secara beretika. Namun, kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
[ BACA SEPENUHNYA ]

JOM HIKING DI BUKIT KELUANG

6 April 2016
SETELAH beberapa bulan SC tidak mengemaskini blog ini, akhirnya hari ini SC ada kesempatan untuk mengemaskini blog ini khas buat pengikut atau pembaca setia blog ini. Kesibukkan SC dengan tugas-tugas SC menyebabkan kerja-kerja pengemaskinian blog ini tergendala oleh yang demikian SC memohon maaf di atas kesilapan SC ini.
Pada artikel kali ini SC ingin mengajak anda semua untuk menikmati satu tarikan baru yang kini menjadi kegilaan ramai di Besut, Terengganu. Di daerah inilah letaknya sebuah bukit yang dinamakan sebagai Bukit Keluang. Tempat yang menjadi pilihan ramai yang meminati aktiviti ‘hiking’ di mana pengunjungnya bukan sahaja daripada dalam daerah Besut, malahan dari seluruh negara.
Sebenarnya aktiviti ‘hiking’ di Bukit Keluang ini bukanlah satu aktiviti baru, malah ianya telah lama menjadi acara wajib mingguan SC semasa di bangku persekolahan dulu, malah SC menjadikan aktiviti hiking di Bukit Keluang itu sebagai latihan sebelum SC berangkat ke XPDC ke Gunung Tebu. Kata orang kita kena membiasakan diri kita dengan aktiviti pendakian agar kita tidak sukar sewaktu menyertai XPDC Gunung Tebu tersebut. Namun, pada waktu dulu aktiviti Hiking di Bukit Keluang ini tidak mendapat sambutan hangat sepertimana sekarang, dulu hanya sebilangan kecil sahaja yang meminati aktiviti lasak yang ‘hiking’ di Bukit Keluang.
SC tidak pasti kenapa sejak akhir-akhir ini aktiviti Hiking di Bukit Keluang tiba-tiba ‘meletup’ dan menjadi kegilaan ramai. SC mengandaikan mungkin juga ia disebabkan aktiviti selfie yang menyebabkan ramai yang terliur untuk ‘hiking’ di Bukit Keluang. Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa aktiviti ini mendapat sambutan hangat di dalam dan luar Besut.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Mat Rempit Dulu Mat Rempit Sekarang

12 November 2015
HARI ini SC ingin berkongsi dengan anda semua satu info mungkin juga berguna untuk anda semua. Info ini juga mungkin juga boleh dijadikan fakta sekiranya anda semua memerlukan fakta. Hari ini SC akan menyentuh sedikit berkenaan Mat Rempit, bukan bermakna SC menggalakkan aktiviti rempit tetapi sekadar untuk memberi anda semua pengetahuan tambahan tentang mat rempit.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, rempit ialah aktiviti yang dikaitkan dengan lumba haram menggunakan motosikal. Sekali lagi SC tegaskan di sini, artikel SC kali ini bukanya bertujuan untuk memberi definisi mengenai rempit tetapi dengan definisi ini membantu kita memahami apa itu yang dikatakan dengan rempit.
Kali ini SC hanya mahu membincangkan beza Mat Rempit dulu dan Mat Rempit Sekarang.
[ BACA SEPENUHNYA ]

 

Kereta Sewa Pandu Sendiri Seluruh Malaysia

5 Oktober 2015

HARI ini SC nak bersembang mengenai Kereta Sewa Pandu Sendiri. Perkhidmatan sewa kereta ini boleh dikatakan hampir ke seluruh Malaysia. Pada pengamatan SC sememangnya kadar sewa yang dikenakan oleh Green Matrix Car Rental ternyata berpatutan sesuai untuk kebanyakkan orang.

Jika anda memerlukan kereta jangan tunggu lama-lama gunakalah perkhidmatan yang disediakan oleh Green Matrix Car Rental. Anda ada urusan penting tapi kehabisan tiket bas? jadi sewa kereta adalah pilihan terbaik.

Kadar harga yang ditawarkan pada masa ini sememangnya berpatutan dan sesuai untuk semua jenis pendapatan pengguna. Perkhidmatan yang disediakan juga terbaik dan SC boleh katakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini bertaraf lima bintang.

Banyak model kereta yang ditawarkan untuk disewakan kepada semua pengguna yang memerlukan penggunaan kereta untuk urusan peribadi mahupun bisnes. Pelajar juga dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Matrix Car Rental ini.

[ BACA SEPENUHNYA ]