Posts Tagged ‘penipuan’

Penipuan Pembeli Barangan Online

10 Jun 2017
mediamegaWASPADA penipuan yang cuba dilakukan oleh segelintir pembeli barangan online sedang aktif berlaku terutamanya kepada peniaga-peniaga online yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan maya ini. Harian Mega secara eksklusif membawa laporan khas ini bagi mengelakkan lebih ramai yang tertipu dengan penjenayah dunia siber di era konvergen ini.
Diharap laporan ini dapat dijadikan rujukan kepada para peniaga online yang berada di luar sana terutamanya yang masih baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan online ini. Jangan sampai “Sudah terhantuk baru nak tergadah”. Diharap laporan khas Harian Mega ini tidak disia-siakan oleh mereka-mereka yang terlibat di dalam dunia perniagaan siber.
Seorang usahawan siber hampir-hampir menjadi mangsa penipuan pembelian siber daripada seorang yang menyamar kononya ingin membeli produk yang dijual oleh usahawan tersebut. Pada mulanya pembeli tersebut berpura-pura untuk membeli produk yang dijual oleh usahawan online tersebut.
[ BACA SEPENUHNYA ]

Kontroversi Buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia

20 Ogos 2013

SEBUAH buku yang semakin hangat diperkatakan kini ialah buku yang bertajuk “Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia”. Buku ini terus menjadi isu hangat terutamanya di kalangan blogawan-blogawan tempatan. Dr Novandri juga turut mengulas berkenaan dengan buku ini di blognya iaitu Dr MiM.

Buku ini mengisahkan Malaysia semasa era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. Menurut Dr Novandri terdapat penipuan dalam buku ini. Paling jelas sekali berita penerbitan buku ini paling awal dikeluarkan oleh portal berita pro pembangkang seperti Malaysiakini.

Kandungan buku ini juga boleh dipertikaikan, meragukan, berat sebelah dan sukar untuk dipercayai. Salah seorang penyunting buku ini yang namanya Bridget Welsh membuatkan buku ini lebih sukar untuk dipercayai. Umum mengenai bahawa Bridget Welsh bersifat berat sebelah terhadap pentadbiran Najib Razak dan juga UMNO/BN.

[ BACA SEPENUHNYA ]