Posts Tagged ‘Isu Politik’

Ada Apa Dengan Parti Amanah Negara (PAN)?

20 September 2015
BARU-baru ini Parti Amanah Negara telah dilancarkan di Malaysia. Penubuhan parti ini dimulakan dengan pengambil alihan Parti Pekerja Malaysia oleh Mat Sabu kemudian ia dijenamakan semula menjadi Parti Amanah Negara. Mat Sabu merupakan Presiden Parti Amanah Negara.
Disamping di dalam PAS berlaku penghijrahan besar-besaran yang kebanyakkan menyertai Parti Amanah Negara dan sebilangan kecil menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Begitulah nasib yang perlu diterima PAS akibat perbuatanya sendiri.
Sebelum ini penulis telah beberapa kali mengingati PAS berkenaan wujudnya parasit dalam PAS, namun pada waktu itu PAS seolah-olah pandang sebelah mata dalam hal ini. Paling menyakitkan hati penulis ada yang mendakwa bahawa dakwaan seumpama itu sebelum ini hanyalah bertujuan untuk memporak-perandakan PAS. Akhirnya kali ini terjawaplah siapa yang ingin memporak-perandakan PAS.
Parasit-parasit menyusup masuk ke dalam PAS untuk memudahkan mereka bertapak dalam arena politik. Mereka masuk dan kemudian keluar membawa penyokong-penyokong walhal sebelum ini mereka diluar PAS tapi masuk PAS untuk ambil penyokong untuk memudahkan cita-cita politik mereka.

 

[ BACA SEPENUHNYA ]

Belit Lim Guan Eng

4 Ogos 2010
Present-day coat of arms of Penang
Image via Wikipedia

NAMPAKNYA Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng masih belum puas membuat putar belit di media. Sebelum ini beliau membuat putar belit berkenaan isu kerusi Ketua Menteri dengan SDO Pulau Pinang. Terbaru Lim Guan Eng sekali lagi cuba membuat putar belit berhubung isu Pertemuan Ali Ahmad dengan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng telah memutar belitkan perjumpaan itu dengan mengatakan Ahli Ahmad telah menolak dan mengherdik beliau atau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berpangkat ‘tuan’.

GTPMM difahamkan pertemuan Ali Ahmad dengan Tuan LGE adalah disebabkan rasa prihatin dan kembimbangan beliau (Ali Ahmad) terhadap nasib dan masaalah umum kaum Melayu di Pulau Pinang.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Enhanced by Zemanta