MILIK siapakah Pilihan Raya Umum Ke 13 itulah yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sengaja penulis memilih hari ke 14 di bulan Ramadhan AL-Mubarak ini untuk mengeluarkan artikel berkenaan dengan PRU13 yang bakal mendatang.
Penulis percaya di luar sana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya, tak kurang juga di parlimen-parlimen kedai kopi sudah hangat membincangkan hal berkenaan PRU13. PRU13 akan terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain di kancah fikiran para penggiat dan peminat politik tanah air.
Sepertimana sedia maklum, sewaktu PRU12 yang telah berlalu berlaku satu fenomena yang dipanggil ‘tsunami politik’ yang menyaksikan beberapa negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Barisan Nasional tumbang dan jatuh pembangkang di negeri tersebut berjaya membentuk kerajaan dan juga di peringkat Barisan Nasional hanya berjaya memerintah dengan majoriti mudah.
Penulis percaya ramai yang diluar sana tertanya-tanya sama ada fenomena ‘tsunami politik’ adakah akan berulang semasa PRU13 nanti? Sememangnya jawapan yang paling tepat tunggulah detik PRU13 kelak pada waktu itulah kita akan mendapat jawapan yang benar-benar sahih.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: akim, amanah, anwar ibrahim, Barisan Nasional, bersih, bersih 2.0, bn, dap, hadi awang, kita, Malaysia, Muhyidin Yassin, Najib Tun Razak, nik aziz, pakatan rakyat, parti keadilan rakyat, pekembar, pkr, Politik, pru 13, umno