Perlawanan Persahabatan Di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Perlawanan Persahabatan di Manek Urai
Semalam Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu Perlawanan Persahabatan antara BN/UMNO dengan PAS/Pakatan Rakyat. Hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin juga mengharapkan hal yang sama berlaku di Manek Urai.
PAS juga nampaknya ingin menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai perlawanan persabahatan antara UMNO-PAS, jadi Alhamdullilah walaupun ‘unity government’ telah ditalkinkan namun usaha-usaha seperti ini wajar disokong semua, tak perlu ‘unity government’ kalau nak perpaduan, cara ini pun boleh dikira satu cara perpaduan.
Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai dilihat pilihan raya kecil paling aman setakat ini, menandakan satu revolusi baru dalam suasana pilihan raya tanah air, pada pilihan raya kecil kali ini juga penulis melihat ‘kurangya’ berlaku ‘propa’ serang menyerang, dan juga budaya saling menyalahkan sudah pun kurang, mungkin semua petugas-petugas kempen sudah bersedia untuk berkempen secara berhemah dan penuh berbudi bahasa.
Suasana beginilah yang penulis ingin lihat, penulis percaya pembaca atau pelayar yang lain juga ingin melihat perkara yang sama. Satu perubahan ‘mendadak’ dalam arena politik tanah air ini adalah wajar diterima semua pihak tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera berlambang apa sekalipun.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: Asia, Barisan Nasional, Malay titles, Malaysia, manek urai, Najib Tun Razak, Prime minister, United Malays National Organisation
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=4e92b48c-2fe2-4c5a-9246-f24d9fc943dc)