Dari Pakatan Rakyat Kepada Pakatan BEBAS

By yiemega1

Arena politik tanah air kita memang dipenuhi dengan warna yang pelbagai atau dengan kata lain politik kita penuh dengan warna-warni. Macam-macam terjadi ke atas arena politik tanah air kita. Macam-macam permasalahan yang timbul ke atas parti-partipolitik tanah air, ya lah pantai yang mana tidak dipukul ombak.

Bagi penulis masalah yang menimpa sesebuah parti adalah perkara biasa yang normal dan tidaklah satu keajaibpan sekiranya sesebuah parti dilanda masalah. Melainkan sesebuah parti itu tidak ditimpa masalah inilah baru boleh dikatakan ajaib.

Perkembangan terbaru politik tanah air menyaksikan DAP Kedah‘merajuk’ dengan bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah. Kelmarin ADUN Tunggal DAP Kedah telah membuat perisytiharan keluar daripa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan menjadi ADUN BEBAS! difahamkan mereka berbuat demikian ekoran tindakan Kerajaan Negeri untuk merobohkan sebuah Kandang BABI Di Kedah.

Selain itu DAP Kedah turut mendakwa bahawa Kerajaan PASKedah bakal merobohkan beberapa ‘kuil’ yang terdapat di Kedah. DAP Kedah juga mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS Kedah lebih teruk daripada Kerajaan BN Kedah sebelum ini.

Penulis pun hairan mengapa pula DAP Kedah mengamuk apabila Kerajaan Kedah mahu merobohkan kandang Babi tersebut, adakahDAP Kedah turut mempunyai saham dalam kandang Babi tersebut ataupun DAP ingin mempertahankan perusahaan yang menjadi kegemaran kaum cina itu daripada diganggu-gugat oleh pentadbiran Kerajaan PAS. Tidakkah mereka tahu sudah banyak penyakit yang dicetuskan oleh binatang yang berkaki pendek itu.

Penulis melihat tindakan DAP itu seolah-olah tindakan budak-budak yang tak dapat makan gula-gula setelah beberapa kali memujuk ibu-bapanya kerana ibu-bapanya tahu tentang bahaya makan gula-gula namun si anak tetap mahukkan ia apa lagi ‘mengamuk’ lah menjadi pilihan. Itulah yang boleh digambarkan dengan keadaan DAP Kedah, sudah tahu kaki pendek ini berbahaya kesanya namun ia tetap mahukan ia sampai mengamuk begitu lalu.

[ BACA SEPENUHNYA ]

Reblog this post [with Zemanta]

Label: , , , , , , ,

Tinggalkan jawapan