
Artikel penulis pada kaliini berbunyi
apabila roket menghala ke bulan. Tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan isu perang DAP VS PAS yang rancak berlaku diKedah itu. Sebelum ini DAP Mendakwa bahawa ada Kerajaan Negeri ada merancang untuk merobohkan kuil hindu dan tokong cina di Kedah.
Isu ini yang ‘menghangatkan’ arena politik tanah air buat masa iniakhirnya dijawab oleh Menteri Besar Kedah Melalui Komenyayang bernada menafikan kenyataan DAP sebelum ini. Azizan juga turut melabelkan perbuatan DAP ini sebagai ‘fitnah’. Nampaknya berlaku sepertimana permainan ping-pong di sini, di mana rakyat menjadi bolanya. DAP kata PAS, PAS Pulak Salahkan DAP rakyat pula terpaksa terlopong melihat telatah mereka ini.
Pada pandangan penulis mungkin PAS tersalah pilih kawan, ya lah kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang sekali. Teringat pesan Mak Penulis di dalam memilih kawan. Katanya “Kalau nak berkawan, pilih-pilihlah jangan tersalah pilih nanti kelak merana akhirnya”. Dengan apa yang terjadi pada PAS pada hari ini jelas sekali “pesan emak” penulis ada kebenaranya.
Bagi penulis, di dalam isu ini nampaknya DAP lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang bersifat ’subversif’ kepada PAS. Nampaknya ‘roket’ sudah dilancarkan kepada PAS walaupun PASpada asalnya adalah ‘kawan’ politik mereka. Kenyataan-kenyataanDAP sejak akhir-akhir ini ‘berbaur’ perkauman, adakah mereka ingin menguji sesuatu ataupun mereka bersandiwara untuk melekakan BN?
Pada pandangan penulis BN harus berwaspada dalam hal ini, petugas-petugas BN di Manek Urai jangan sekali ‘merendahkan gear’ kempen di Manek Urai ekoran isu yang melanda Pakatan Rakyat Kedah ini kerana mungkin ia adalah salah satu strategi ‘psikologi’ Pakatan Rakyat untuk melemahkan jentera BN di Manek Urai, kepada para petugas teruskan kerja kuat anda agar Manek Urai tidak terlepas jangan terleka dengan sandiwara terbaru Pakatan Rakyat.
Penulis juga hairan sebelum ini PAS telah menurut kemahuan DAPuntuk ‘metalkinkan’ “Kerajaan Perpaduan” kemudian pula dituntut agar Kandang Babi tidak diroboh. Kenapa DAP suka membuat tuntutan? adakah mereka sengaja ingin ‘memperbodohkan’ PASdan dalam masa yang sama memastikan orang Melayu terus berpecah agar mereka dapat menjalankan ‘misi rahsia’ mereka sendiri sepertimana nasib Melayu di Singapura.
Saya yakin DAP akan menganggap kenyataan saya ‘berbaur perkauman’ selepas ini, walhal tujuan saya bukanya hendak menyemarakkan api perkauman, penulis hanya mahu mempertahankan ‘hak bangsa’ penulis sepertimana DAP yang mempertahankan BABI di kedah dan janganlah kenyataan penulisini disalah tafsirkan oleh DAP dan ‘diputar belitkan’ mereka.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: anwar ibrahim, Barisan Nasional, Democratic Action Party, Kedah, Malaysia, Menteri Besar, pakatan rakyat, Perak
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=40492893-a20f-495d-bf39-b9e17324a042)
Julai 5, 2009 at 9:07 am |
In my humble opinion, the real issue is how PR gonna resolve this. The Anwar-Hadi-Kit Siang trio must show to us that they can work together, as they wanna grab federal government during next GE. Don’t be confused by mainstream media. Ayat pun separuh-separuh saja. Semua benda nampak tegang.