![]()

Gelombang Biru Akan Beralun di Manek Urai?
Pada pandangan penulis sukar juga ‘Gelombang Biru’ untuk beralun di Manek Urai tambahan pula Manek Urai letaknya di dalam negeri Kelantan, di mana rakyat Kelantan sukar untuk dibaca ‘fikiranya’ mereka lebih suka membuat sesuatu dalam senyap dan tidak menampakkan apa-apa tanda seperti PRU11 dan juga PRU12.
Adakah Gelombang Biru akan melanda “Manek Urai”? itulah persoalan yang bermain di fikiran penulis dan mungkin juga pembaca juga tertanya-tanya adakah ’semangat baru’ yang dibawa oleh Presiden BN yang baru iaitu DS Najib Tun Razak bakal membuatkan Manek Urai Akan dilanda oleh “Gelombang Biru” ataupun “Lautan Biru” .
Blog Guano Demo.net mendakwa Gelombang Biru Mula Beralun sepertimana artikel di blog berkenaan yang boleh diakses dengan KLIK DISINI. Artikel itu memperkatakan bahawa ‘gelombang biru’ mula beralun di Manek Urai dengan menggunakan ’slogan’ “Rakyat Didahulukan. Manek Urai Diutamakan”.
Pada pandangan penulis sukar juga ‘Gelombang Biru’ untuk beralun di Manek Urai tambahan pula Manek Urai letaknya di dalam negeri Kelantan, di mana rakyat Kelantan sukar untuk dibaca ‘fikiranya’ mereka lebih suka membuat sesuatu dalam senyap dan tidak menampakkan apa-apa tanda seperti PRU11 dan juga PRU12.
Begitu uniknya orang Kelantan, untuk ‘Gelombang Biru’ beralun di Manek Urai ia memerlukan laluan yang amat sukar dan memerlukan strategi yang benar-benar berkesan. Di samping itu satu lagi masalah yang perlu diatasi ialah budaya ‘cah keting’ yang sudah sebati dengan ‘Politik Kelantan’ jika budaya ini gagal dikawal akhirnya “Gelombang Biru” akan kecundang.
Perlu dingatkan petugas “Gelombang Hijau” di Kelantan bukan calang-calang orangya, pandai berceramah, pandai bermuka-muka dan pandai mengelabui mata pengundi, mungkin petugas “Gelombang Biru” perlu merisik apakah strategi yang digunakan oleh petugas “Gelombang Hijau”.
Ingat satu perkara lagi, Kehidupan Pengundi Manek Urai adalah lebih kepada kesederhanaan sahaja, tidak kurang dan tidak juga lebih, jadi jangan sekali-kali menonjolkan kehidupan mewah di hadapan mereka, jangan berkempen dengan perarakan deretan Rexton Hitam sepertimana yang diamalkan di PRK sebelum ini kerana mereka lebih suka Pemimpin yang sederhana dan benar-benar berjiwa rakyat.
Faktor calon juga perlu diberi perhatian serius oleh “Gelombang Biru” bukan sahaja untuk menarik pengundi malah untuk mengelakkan berlakunya ‘cah keting”, jika ada perebutan di antara dua kelompok adalah lebih elok diberikan kepada yang bukan daripada kedua-dua kelompok itu.
Sekiranya “Gelombang Biru” benar-benar ikhlas untuk berkhidmat pada rakyat di Manek Urai, insyaALLAh dengan izin Allah tuhan seru sekian alam “Gelombang Biru” akan beralun di “Manek Urai”.
Akhir kalam, penulis akhiri dengan satu kata-kata mutiara yang berbunyi “Kalau kita ingin berjuang, berjuang betul-betul, buat biar betul, buat betul-betul, buat yang betul” Jadi fikir-fikirkanlah.
Label: Allah, Asia, bn, Business and Economy, Computers and Internet, Indonesia, Kelantan, manek urai, Najib Tun Razak, nik aziz nik mat, Nintendo DS, pas, pilihan raya kecil, umno
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=81778125-0419-4d5a-b706-4f00467b8624)