Ogos 13, 2011
MILIK siapakah Pilihan Raya Umum Ke 13 itulah yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Sengaja penulis memilih hari ke 14 di bulan Ramadhan AL-Mubarak ini untuk mengeluarkan artikel berkenaan dengan PRU13 yang bakal mendatang.
Penulis percaya di luar sana sudah ada cakap-cakap mengenai pilihan raya, tak kurang juga di parlimen-parlimen kedai kopi sudah hangat membincangkan hal berkenaan PRU13. PRU13 akan terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain di kancah fikiran para penggiat dan peminat politik tanah air.
Sepertimana sedia maklum, sewaktu PRU12 yang telah berlalu berlaku satu fenomena yang dipanggil ‘tsunami politik’ yang menyaksikan beberapa negeri yang sebelum ini berada di bawah naungan Barisan Nasional tumbang dan jatuh pembangkang di negeri tersebut berjaya membentuk kerajaan dan juga di peringkat Barisan Nasional hanya berjaya memerintah dengan majoriti mudah.
Penulis percaya ramai yang diluar sana tertanya-tanya sama ada fenomena ‘tsunami politik’ adakah akan berulang semasa PRU13 nanti? Sememangnya jawapan yang paling tepat tunggulah detik PRU13 kelak pada waktu itulah kita akan mendapat jawapan yang benar-benar sahih.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: akim, amanah, anwar ibrahim, Barisan Nasional, bersih, bersih 2.0, bn, dap, hadi awang, kita, Malaysia, Muhyidin Yassin, Najib Tun Razak, nik aziz, pakatan rakyat, parti keadilan rakyat, pekembar, pkr, Politik, pru 13, umno
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »
Februari 27, 2011
SEMALAM telah dilangsungkan dua acara penaman calon di dua tempat berbeza iaitu Merlimau dan Kerdau. Penamaan calon adalah acara rasmi untuk setiap pilihan ray
a tidak kiralah Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Umum itulah hakikatnya setiap kali pilihan raya sudah pasti ada penamaan calon, kalau calon tak dinamakan macamana pertandingan hendak dibuat betul tak?
Kalau di Merlimau calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad akan bertanding satu lawan satu melawan calon PAS iaitu Yuhaizad Abdullah, manakala di Kerdau pula BN mempertaruhkan Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk berentap dengan calon PAS Hasanuddin Salim.
Secara kebetulanya apa yang menarik bagi pihak BN untuk PRK Kali ini ialah kedua-dua calon mereka adalah anak kepada Ahmad. Oleh sebab itulah penulis membuat artikel yang bertajuk Misi anak-anak Ahmad untuk bacaan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia.
Misi besar yang perlu digalas oleh kedua-dua Anak Ahmad ini ialah memberi kemenangan bergaya kepada Barisan Nasional (BN) untuk kedua-dua PRK ini iaitu PRK DUN MERLIMAU DAN PRK DUN KERDAU.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: anwar ibrahim, Barisan Nasional, bn, dun kerdau, dun merlimau, Hosni Mubarak, Libya, Melaka, Muamar Gadaffi, Najib Razak, nik aziz, Pahang, pakatan rakyat, pas, pkr, prk dun kerdau, prk dun merlimau
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »
Disember 20, 2010
SEPERTIMANA yang telah diketahui umum, satu lagi pilihan raya kecil untuk DUN Tenang, Johor bakal d
iadakan, apabila penyandangnya telah kembali ke Rahmatullah. Walaubagaimanapun, setakat ini perbincangan mengenai PRK tersebut boleh dikategorikan sebagai tenang. Kalau di tempat lain sudah lama kita kendengaran keriuhan orang ramai membicarakan mengenainya.
Dewan Undangan Negeri Tenang letaknya di dalam negeri Johor, banyak pihak menyifatkan bahawa kedudukan UMNO di DUN tersebut sukar digugat memandangkan Johor adalah kubu kuat UMNO. Walaubagaimanapun pada pandangan penulis, tidak semestinya UMNO boleh menarik nafas lega walaupun ianya terletak di dalam negeri yang dikenali sebagai kubu kuat UMNO. Ingat dalam politik tiada yang mustahil.
Sebagai contoh, cuba kita lihat Kelantan adalah kubu kuat PAS, tetapi apabila kita melihat keputusan PRK DUN Galas baru-baru ini ternyata ia tidak berpihak kepada PAS walaupun PAS adalah Kerajaan Negeri Kelantan dan Kelantan pula adalah kubu kuat PAS. Jadi tidak mustahil sekiranya UMNO atau Barisan Nasional akan kehilangan kerusi DUN Tenang kerana sememangnya di dalam politik tiada yang mustahil.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Dikirim dalam Isu Semasa | Leave a Comment »
Oktober 8, 2010

Image via Wikipedia
BARISAN NASIONAL nampaknya terlalu yakin menang di Galas. Sindrom terlalu yakin ini amatlah merbahaya buat BN kerana ia boleh makan diri. Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada dasarnya kelihatan mengambarkan PAS mungkin lemah di Galas tetapi sebenarnya ia adalah ‘strategi psikologi’ PAS untuk melekakan lawanya, kalau tersilap tafsir pasti petugas-petugas BN akan terleka di dodoikan cerita-cerita sebegitu.
Ini bukan masanya untuk BN terlalu yakin dengan kemenangan. Kita lihat di pengalaman-pengalaman PRK yang lalu apa akan jadi sekiranya BN terlalu yakin dengan kemenangan mereka, akhirnya mereka tewas, ini berbeza dengan apa yang berlaku di Bagan Pinang di mana BN tidak kelihatan terlalu yakin untuk menang.
Penulis akui sekiranya BN mempertaruhkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mereka berpeluang untuk menang di Galas, namun perlu diingatkan di sini walaubagaimanapun mereka tidak boleh merendahkan kemampuan PAS kerana PAS pun mempunyai peluang untuk menang di sana dengan alasan yang tersendiri.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: Asia, Barisan Nasional, bn, BN Kelantan, Education, Eid ul-Fitr, Facebook, Fundraising, Ketua UMNO Gua Musang, ku li, Lodging, pakatan rakyat, pas, PAS Gua Musang, pas kelantan, prk dun galas, PRK Galas, Ramadan, Tengku Razaleigh, Tengku Razaleigh Hamzah, Travel and Tourism, umno gua musang, UMNO Kelantan
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »
Oktober 7, 2010

Image by Syed Azidi AlBukhary via Flickr
HARI INI t
anggal 7 Oktober 2010, ini bermakna cuma tinggal dua hari sahaja lagi Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air. Di mana kepulangan beliau dijadualkan 9 Oktober 2010. Penulis percaya orang ramai di luar sana sudah tidak sabar menanti kepulangan Ku Li bagi menamat desas-desus yang timbul sebelum ini. Mungkin keputusan berhubung permintaan akar umbi yang mahukan Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas menjadi calon untuk PRK tersebut.
Penulis sendiri ternanti-nanti apakah keputusan yang bakal dibuat Ku Li, sekiranya beliau tidak menjadi calon siapa yang bakal menjadi pertaruhanya. Namun, bagi penulis adalah amat elok sekiranya Ku Li menggalas tanggungjawab menjadi calon di PRK DUN Galas ini ekoran suara akar umbi ramai yang mahukan beliau menjadi untuk PRK tersebut.
Bercakap mengenai cadangan menjadikan YBM Ku Li sebagai calon untuk PRK DUN Galas, teringat pula penulis dengan artikel blog yang ditulis oleh Sayuti Omar di blognya Merah Tinta MSO. MSO berkata kalau Ku Li menjadi calon, PAS sedia meletakkan orang Asli menjadi calonya. Berita ini sudah pasti mengembirakan orang asli, namun apa yang kurang enaknya sepertinya PAS ingin menghina dan menjatuhkan martabat Ku Li dengan meletakkan orang asli untuk berhadapan dengan Ku Li.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: anwar ibrahim, Barisan Nasional, BN GUA MUSANG, BN Kelantan, dun galas, Gua Musang, Kelantan, Ketua UMNO Gua Musang, ku li, LIWAT, pakatan rakyat, pas, pkr, prk dun galas, RAHIMI, Tengku Razaleigh, umno gua musang, UMNO Kelantan
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »
Oktober 5, 2010

Image by Syed Azidi AlBukhary via Flickr

Pembaca jangan hairan dengan ‘perangai’ yang ditunjuk oleh PAS beberapa hari ini. Pelbagai ‘taktik’ yang mereka gunakan bagi mengagalkan usaha-usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya dan juga Calon BN DUN Galas. Mereka juga telah mencuba untuk buat ‘reverse psychology’ agar Ku Li menolak bukan sahaja untuk menjadi calon malah Pengarah Pilihan Raya. Sebenarnya ada beberapa dalil yang membuatkan mereka berusaha agar Ku Li tak jadi PPR dan juga Calon untuk PRK DUN Galas. Antara dalil-dalilnya iailah:
1 Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li yang terlalu kuat di Gua Musang, Kelantan mungkin akan menyukarkan usaha-usaha mereka(PAS) untuk mempertahankan kerusi DUN Galas. Ini bermakna mereka tidak boleh menang dengan cara mudah di sini sekiranya Ku Li menjadi calon.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: anwar ibrahim, Barisan Nasional, BN Kelantan, calon bn dun galas, calon umno dun galas, Gua Musang, Hishamuddin Tun Hussein, Kelantan, ku li, Muhyidin Yassin, Najib Tun Razak, pakatan rakyat, pas kelantan, prk dun galas, Tengku Razaleigh Hamzah, umno gua musang, UMNO Kelantan
Dikirim dalam Isu Semasa | Leave a Comment »
September 27, 2010

UNGKAPAN ‘Rasis’ menjadi semakin popular sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan ahli politik kita semakin ‘galak’ menggunakan perkataan ini untuk melabelkan seseorang. Sebelum penulis meneruskan ulasan berkenaan ‘Rasis’ ini adalah lebih elok kita mendalami makna ‘Rasis’ itu sendiri.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ‘Rasis’ bermaksud orang yang mengamalkan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung pendukung utama kepada bangsa-bangsa lain di dunia. Inilah apa yang dikatakan ‘Rasis’ dalam ertikata yang sebenarnya.
Baru-baru ini, Lim Kit Siang dari DAP telah melabelkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai rasis. Penulis tidak nampak di mana letaknya ‘rasis’ seorang pemimpin bernama Tun Dr. Mahathir ini.
Malah, bagi penulis Kit Siang sendiri tidak layak untuk bercakap mengenai rasis atau dalam bahsa inggerisnya racist kerana beliau sendiri termasuk anaknya seorang yang rasis. Ultra-Kiasu yang sering mengambil tindakan yang rasis termasuk apa yang berlaku di Pulau Pinang.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Dikirim dalam Isu Semasa | Leave a Comment »
September 13, 2010

KITA sebenarnya masih di dalam mood Hari Raya Aidilfitri kerana kata orang Raya Kan Sebulan, walaupun di kebanyakkan tempat di Pantai Timur sambutan hari raya sudah bertukar menjadi hari-hari biasa biarpun bulan Syawal adalah sebulan. Itulah orang kata lain padang lain belalang begitulah juga sambutan hari raya.
Dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca yang dikasihi satu pengalaman yang dilalui penulis sebentar tadi. Pengalaman yang amat mengejutkan dan mungkin boleh membuatkan pembaca teruja.
Kisah ini terjadi pada pagi tadi semasa penulis membawa motosikal penulis untuk dibaiki di sebuah bengkel motosikal yang letaknya di hadapan JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan. Kalau tak silap nama bengkel motor itu Ah Thong Motor Sdn. Bhd.
Tujuan sebenar penulis ke sana ialah kerana ingin menukar spoket motosikal penulis yang sudah sampai had usianya dan perlu ditukar bagi menjamin keselamatan penunggangnya. Pada mulanya penulis hanya menunggu mekanik di bengkel itu membuat proses penukaran spoket tersebut.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: 1malaysia, Aidilfitri, Asia, CINA, Eid ul-Fitr, Hari Raya Aidilfitri, Kelantan, Kota Bharu, Kuala Lumpur, Malaysia, Muslim, Ramadan, Syawal
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »
Ogos 30, 2010
SENGAJA penulis memilih tajuk artikel terbaru penulis pada kali ini dengan tajuk “Merdeka kali ini…” ini adalah bersesuaian cuma tinggal kurang daripada dua hari lagi negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Jadi adalah sebaiknya kita berbicara mengenai kemerdekaan negara kita.
Istimewa merdeka pada tahun ini ialah ianya disambut semasa umat Islam berada di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, bulan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ini menjadikan sambutan kemerdekaan tahun ini lebih istimewa.
Merdeka kali ini, kalau kita lihat macam-macam perkara ataupun isu yang terjadi. Macam-macam isu lah juga. Dari Isu Buang Bayi, terus ke isu Doa untuk bukan Islam semasa Khutbah Jumaat. Isu Video Namewee, dan yang terbaru isu bukan muslim masuk masjid.
Dengan timbulnya isu-isu seperti dinyatakan di atas, kadang terfikir juga penulis adakah benar kita masih merdeka! atau kita sebenarnya telah dijajah kembali? cuba kita lihat sejak akhir-akhir ini dasar devide and rules seolah-olah telah kembali ke bumi Malaysia ini cuma bezanya kali ini umat Islam yang dipecahkan kepada beberapa puak, dan yang rules adalah orang bukan Islam, kalau tidak percaya cuba hayati betul-betul beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kita bergaduh sesama Islam tetapi yang bukan Islam tepuk tangan melihat sesama Umat Islam bergaduh.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: Agriculture, Bali, Business, Financial services, Hari Kebangsaan, Indonesia, Livestock, Malaysia, merdeka, Small business, Tema Hari Kebangsaan 2010, Venture capital
Dikirim dalam Isu Semasa | Leave a Comment »
Ogos 27, 2010
PADA KALI ini penulis memilih satu topik yang di luar lingkungan isu politik, ia lebih tertumpu kepada isu kemanusiaan yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sejak kebelakangan ini sering kita terdengar cerita-cerita yang tidak munasabah apatah lagi ia melibatkan Umat Islam di negara kita yang aman dan damai ini.
Negara kita kecoh dengan isu-isu kemanusiaan seperti pembuangan bayi yang tak berdosa, pembunuhan dan bermacam-macam lagi kejadian atau peristiwa yang langsung tidak boleh diterima oleh akal yang waras ini.
Dalam dua tiga hari yang lepas satu lagi kejadian yang menyayat hati dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita berlaku lagi. Peristiwa ini amat tragis apabila seorang bapa dilaporkan menyembelih anaknya sendiri yang baru berusia dua tahun.
Mengikut laporan yang diterima, bapa yang menyembelih anaknya iatu seorang pesakit mental dalam bahasa lembutnya atau Gila dalam bahasa kasarnya. Khabarnya juga peristiwa ini terjadi ekoran kegagalan bapa tersebut untuk makan ubat sakit mentalnya.
[ BACA SEPENUHNYA ]
Label: Budak 2 Tahun Kena Sembelih, Budak Kena Sembelih, Bunuh, Gila, Islam, Kanak-Kanak Disembelih, Kebinatangan, Kejam, Kemanusiaan, Kota Bharu, Mangsa Pembunuhan, Manusia Disembelih, Mental Retarden, Penyembelihan Manusia, Psikologi, Sakit Mental, Sembelih, Sungai Bodor, Ubat
Dikirim dalam yiemega menulis | Leave a Comment »